Want your
own Fotopage?















 
Nur Cahaya FP
Daisypath Anniversary Years Ticker"
By: Izuan Love Azean Love Risya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Thursday, 29-Jan-2009 04:41 Email | Share | | Bookmark
TAHUKAH ANDA.....

saya telah berpindah ke http://nurcahaya2780.multiply.com

fotopages berasal dari israel...
kita boleh whois sesuatu domain tu utk tahu pemiliknya..
cuba laman web ni http://www.whois.net/
dan masukkan fotopages.com

ni resultnya...
Registrant:
Pidgin Technologies Ltd
Daniel Frish 4/5
Tel Aviv, 64731
IL

Domain name: FOTOPAGES.COM


Administrative Contact:
Kass, Ron ron@pidgintech.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Daniel Frish 4/5
Tel Aviv, 64731
IL
+972-3-6914668
Technical Contact:
Kass, Ron ron@pidgintech.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Daniel Frish 4/5
Tel Aviv, 64731
IL
+972-3-6914668

yg dikatakan setiap byte disumbangkan utk israel tu sebab dia org kan letak iklan.. iklan ni ada impressionsnya.. setiap impression ada bayarannya... jadi kalau kita masuk dalam fotopages sesiapa, secara automatik fotopages dapat bayaran sebab kita view iklan yg dia letak.....

AKU TELAH BERALIH ARAH KE http://flickr.com/photos/nurcahaya2780
tp lom managed sepenuhnya pic pom lom ada lg

aku bukannya apa sedih dgn nasib yg menimpa saudara kita di Palestin sana. Bila tengok pic kanak2 yg kena bedil dek peluru yahudi yg tak berperikemanusiaan terasa seperti kata pepatah cubit peha kanan peha kiri pon terasa

hmm tulah.. rasa cam dah best dah kat fotopages ni..nampaknya kene tukar gak la Fri 30-Jan-2009 01:38
Posted by:Siti Supiah  - [Link]
wahh akak pn nk pndah gk ke...ermm hlang la lg kwn sye kt fp ni...rmai yg da pindah gk...
xp flickr tu pn israel gk kn...
re: aah gmbr tunang tu pkai cmeraman...don worry ade kad utk akak nnt....
Thu 12-Feb-2009 09:41
Posted by:nana  - [Link]
Tumpang Iklan-KAIN SULAM BUKIT TINGGI
STOK BARU

"BOLEH BAYAR 2 KALI, APA TUNGGU LAGI===> ALL ARE FREE DELIVERY"

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya ANDA,hantaran perkahwinan, hadiah, majlis pertunangan!!!
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
STok harga promosi masih ada lagi
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Mon 29-Jun-2009 03:59
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
View all 4 comments Add comment


Saturday, 17-Jan-2009 08:37 Email | Share | | Bookmark
BALIK KG KERATONG & FAMILY DAY TM MSC 2008

Sebenarnya dah lama aku balik Keratong cuma malas nk meng updte jer bukan apa sejak raya nie baru balik kg maknanya dah 3 bulan tak balik maklumlah masing2 dah kehabisan cuti windu sgt kt kampung Risya kemain suke lagi dah pandai lak suruh atok ngan wan dukung habis satu uma dia tawaf
Nie pic masa nk bertolok balik keratong muke budak baru bgn tdo


Nie lak pic masa nk balik Sri Kembangan masa nie Risya dah x nk ngan wan n atok takut kena tinggal


on the way nk balik singgah jab kt ulu bendul byk kali dah lalu jer


kemain lg si Risya tk nk dipegang dah lah asyik berlari jer


Nie lak mama paksa Risya pakai tudung


saja nk tunjuk hasil tanaman aku dah lama gak projek tanaman nie pokok bendi dh byk kali buah dh nk mati pon, then pokok kacang botol baru nk berbuah, pokok cili daun luruh nk tumbuh tunas baru,pokok sup tu sesaje tanam yg geramnya pokok terung tak beso2 lg nie tgh semai pokok tomato harap2 menjadilah


Akhir sekali family day TM MSC 08 mmg meriah masa pagi tu dimulakan dgn acara poco2 tp aku x joint
nie goodies yg beri pd setiap yg hadir ermm berbaloi tp thumb drive tu saguhati tuk yg x dpt lucky draw kureng bertuah


AJK makan dikuasai oleh geng ANOC tu yg tgh punggah ais sebenarnya ramai lg tk smpt snap lucky draw pon org ANOC pulun 1st kak ina 2nd hidayat 7th En Bad


then acara sukan diselang selikan dgn acara lucky draw satu nie je yg husband aku masuk wish ur luck dpt no 2


nie mandi manda time, Risya tak mo naik asyik nk berendam jer sonok betul dia w/pom selsema





salam yan..
i'm back setelah mc 2 week huhuhu
1)amboi x tahan tgk picas Family Day MSC tue...suar mandi ilham dh beli..abis nk wat camne kan..hopefully langkawi nanti leh la ilham mandi pool guna suar tue..
2)Rajin betul ko bercucuk tanam erk..leh save budjet kan..aku berangan jeni bila la dapat duduk umah ada tanah mcm ko...leh aku wat semak samun gak..tanam bunga
3)Kat Ulu Bendul tu nape x mandi..air nye sejuk gak tue...echa pakai tudung tu so sweet comel bangat..nasib dia x buang erk..
Wed 28-Jan-2009 05:00
Posted by:mama ilham  - [Link]
LORRRR ULU BENDUL??

DEN ORANG PILAH HAAA

KALO LALU PILAH JUMPO LA DEN EK

SALAM KONAL..HEHEHE
Wed 28-Jan-2009 13:43
Posted by:FAZARINNA(ala rinna)  - [Link]
DIK,
NAK PANGGIL APO NIH?
EMM JOM YM AKAK BLEH?

emel : shafri_maju@yahoo.com
Thu 29-Jan-2009 04:09
Posted by:RINNA CHIKUNGUNYA  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Wednesday, 14-Jan-2009 04:36 Email | Share | | Bookmark
SAVE PALESTIN

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan





MANA TENTERA ISLAM KITA???

“Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan, maka lakukan ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman” “ Muttafaq ‘alayh

Apabila kita berdepan dengan kemungkaran, dalam apa bentuk sekali pun, kita boleh bertindak dan memberikan reaksi dalam tiga bentuk. Sama ada kita bertindak mengecam dan mengutuk kemungkaran itu, bertindak mencegah, atau mengubah kemungkaran yang berlaku.


MENGECAM

Kaedah mengecam adalah kaedah yang paling mudah. Dunia tanpa sempadan hari ini memberikan banyak ruang kepada kita untuk menyalurkan kecaman, sebanyak mungkin. Kecaman tidak memerlukan banyak modal. Sama ada modal fikir, modal idea, modal dakwah, jauh sekali modal material yang menuntut pengorbanan.

Kecam tidak perlu kepada analisis. Melaporkan apa yang berlaku, dan mengharapkan massa memahaminya, tanpa sebarang analisis adalah apa yang saya maksudkan sebagai pendekatan mengecam. Kecaman mempunyai peranan yang tersendiri, iaitu untuk membangkitkan rasa memberontak dan menyatakan penentangan. Namun ia kurang bermanfaat bagi mereka yang mahu mengambilnya sebagai suatu kepedulian.

Mungkin inilah masalah yang membelenggu halaman-halaman web pro Palestin yang banyak kedapatan di internet. Anda akan bertemu dengan salinan berita yang di’cut and paste‘ tanpa membekalkan analisa dan statistik yang berguna. Ini harus menjadi satu titik muhasabah mengapa lambakan berita itu tidak memberikan impak yang diharapkan. Ia hanya sebuah kecaman.

Apatah lagi media Malaysia yang bulat-bulat menterjemahkan sahaja apa yang dilaporkan oleh New York Times, Reuters, CNN dan yang seangkatan dengannya.

MENCEGAH

Kita juga boleh memberikan reaksi dalam bentuk mencegah secara defensif. Berusaha untuk menyelamatkan diri dan mereka yang berada di dalam tanggungan kita daripada terjebak ke dalam kemungkaran itu.

Kaedah ini mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri. Menjauhkan diri dari anasir-anasir Zionis yang turut membabitkan pemboikotan produk mereka, adalah sebahagian daripada teknik mencegah. Ia boleh menyelamatkan diri, menghalang diri dari terlibat dan menyumbang kepada kekuatan musuh dan melepaskan diri dari kewajipan peribadi.

Akan tetapi ia tidak akan menghalau pergi kemungkaran berkenaan, apatah lagi pada kekuatan Zionis yang mencengkam bumi Palestin. Ia akan terus duduk di situ dan menelan mereka yang gagal mencegah diri. Pemboikotan mendatangkan kejemuan apabila tindakan kita tidak setanding dengan keupayaan Amerika Syarikat menyumbang jutaan Dollar sehari kepada regim Zionis.

Lama kelamaan perbuatan kita mencegah kemungkaran hanya sekadar dalam format menyelamatkan diri sendiri, akan menjadi seperti seorang yang melindungi anaknya di dalam kandang harimau. Setelah penat, akhirnya kita kalah dan mati dibaham harimau, semata-mata kerana PUNCA masalah dibiarkan berleluasa.

Tidak bermaksud untuk memperkecilkan tindakan boikot, tetapi apa yang ingin ditegaskan adalah pada memaksimakan bantahan melalui strategi-strategi yang pelbagai. Ia harus lebih dari sekadar protes dan boikot.

MENGUBAH

Akan tetapi, hadith di atas meletakkan kerangka bertindak yang paling optimum sebagai reaksi kita kepada kemungkaran. Baginda SAW menggunakan perkataan (falyughayyirhu) dengan maksud mengubah. Kemungkaran bukan hanya perlu dikecam dan kita tidak hanya dituntut untuk menyelamatkan diri, namun agenda berdepan dengan kemungkaran mestilah berpaksikan kepada maksud MENGUBAH. Itu standard yang ditetapkan oleh Baginda SAW terhadap isu ini.

Apabila kemungkaran itu mahu diubah, pendekatan kita mestilah tepat dengan sasaran perubahan. Ia memerlukan kepada analisa yang tepat, dan mensasarkan penentangan kepada punca sebenar permasalahan yang ingin diperkatakan.

KELOMPOK SASAR

Isu Palestin mencakupi dua kelompok terpenting iaitu kelompok MANGSA dan kelompok PUNCA.

Kelompok mangsa yang saya maksudkan di sini adalah mereka yang menerima kesan langsung daripada kekejaman Zionis di bumi Palestin, iaitu penduduk Palestin yang terdiri daripada kaum Muslimin dan minoriti Kristian yang turut terkesan. Maka seruan untuk membela golongan ini, dilakukan dalam bentuk yang membangkit dan meniupkan semangat mereka untuk tidak mengaku kalah dan terus berusaha untuk keluar daripada belenggu kekejaman rejim Zionis.

Pendekatan mengecam dan mencegah jika dilakukan dengan baik, cukup memberikan impak untuk mengukuhkan barisan penentang, sama ada dari kalangan mangsa langsung, atau umat Islam sedunia yang turut menanggung kepedihan jenayah Zionis itu.

Manakala kelompok kedua adalah kelompok punca.

Pihak manakah sebenarnya yang menjadi punca kepada segala krisis yang membelenggu penduduk Palestin? Apakah rejim Zionis mampu bertindak sendirian berterusan menekan dan menindas? Kita semua tahu bahawa Zionis tidak mampu berdikari melainkan ada sokongan besar yang datang dari luar, tidak lain dan tidak bukan Amerika Syarikat.



“Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami PERPANJANGKAN kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.” (Al-Israa’ 17: 6)

Keterangan al-Quran bahawa keupayaan Zionis untuk melakukan kerosakan kedua di muka bumi, datang dari sumber yang diperpanjangkan, seharusnya menjadikan kita amat sedar tentang implikasi sokongan luar yang diberikan kepada Zionis.

Laporan http://www.ifamericansknew.org menjelaskan bahawa Israel menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat. Jumlah ini mengatasi jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean.

Kekuatan utama rejim Zionis di Palestin adalah sokongan Amerika Syarikat. Negara kuasa besar dunia itu berupaya memanipulasi kewangannya sendiri untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada rejim Zionis hasil kombinasi beberapa pihak, khususnya media di Amerika Syarikat yang tidak melapor, melapor secara simplistik, atau memberikan laporan yang salah, untuk mengawal kefahaman penduduk Amerika Syarikat tentang isu Palestin.



Penduduk Amerika Syarikat adalah PUNCA UTAMA kepada keupayaan rejim Zionis di Palestin. Merekalah yang membayar cukai pendapatan sebagai sumber kewangan negara, merekalah yang memilih anggota Kongress dan Senat, dan seterusnya merekalah yang menentukan siapakah bakal Presiden Amerika Syarikat yang seterusnya, selaku pemain utama yang menentukan polisi luar Amerika Syarikat.

Oleh itu, segala usaha dilakukan untuk mengawal saluran maklumat kepada penduduk Amerika Syarikat, dan usaha ini dilakukan dengan teliti hasil kajian beberapa tangan pakar, iaitulah Orientalis yang berdiri di sebalik kabinet pemerintah Amerika Syarikat.

Orientalis inilah think tank yang mengajar media dan pemerintah, teknik-teknik memberikan impression kepada penduduk Amerika Syarikat tentang laporan isu Palestin dari semasa ke semasa.

Apabila reaksi kita terhadap kemungkaran ini diletakkan atas maksud MENGUBAH, maka perubahan itu tidak mungkin boleh berlaku, jika kita memprotes dengan bahasa yang tidak difahami oleh penduduk Amerika Syarikat. Bukan soal Bahasa Inggeris atau Arab, tetapi bahasa yang saya maksudkan di sini adalah pendekatan kita dalam menyuarakan bantahan.

Seandainya kita cuba mengubah pandangan penduduk Amerika Syarikat dengan bahasa yang menjadikan mereka sebagai musuh kita, setaraf dengan rejim Zionis itu sendiri, maka tindakan kita akan menjadi seperti menarik kucing di atas tikar. Makin kuat kucing ditarik, makin kuat kukunya mencengkam.

Mereka akan terus takut dengan suara kita yang memukul rata bahawa semua Yahudi dan Nasrani adalah musuh dan mereka harus diperangi. Akhirnya, mereka akan terus menyanggupkan diri membiarkan kerajaan menghabiskan duit negara sehingga lebih USD10 juta sehari demi untuk mengekang kebangkitan manusia Palestin, Arab dan Muslim yang dipaparkan sebagai ganas, barbarik dan sentiasa mencari peluang untuk mengancam mereka.

Penat lelah kita hanya berkeupayaan mengekalkan kemarahan umat Islam terhadap kezaliman rejim Zionis, tetapi jauh sekali untuk mempengaruhi dan mengubah pandangan penduduk Amerika Syarikat terhadap keadaan sebenar di Palestin. Hal ini terjadi kerana protes kita tersalah sasar.

Maka umat Islam perlu bangkit menyatakan bantahan, bukan hanya pada menyatakan kemarahan dan berdemonstrasi, tetapi turut mendedahkan strategi media Barat memanipulasi sebaran maklumat. Ia juga harus dikritik dengan tajam, dan kehebatan golongan Orientalis yang menjadi penasihat kerajaan dan media, mesti dipatahkan dengan keilmuan yang setanding.

Teknik yang digunakan oleh media Amerika Syarikat dalam melaporkan isu Palestin, mesti diteliti. Peranan golongan pemegang saham media Amerika Syarikat mesti dikenal pasti. Dan keupayaan mereka untuk menjayakan gagasan ini berakar umbi pada tradisi Orientalisma kerana Orientalisma adalah falsafah Barat mempersembahkan Timur.

“They cannot represent themselves, they must be represented” - Karl Marx, The Eighteenth Brumaire of Louis Bonaparte

“The East is a career” - Benjamin Disraeli, Tancred

Kita mesti buktikan kepada mereka bahawa kita TAHU apa yang mereka lakukan dan BAGAIMANA mereka melakukannya.

Perjuangan kita membantu Palestin hendaklah memanfaatkan usaha yang dilakukan oleh tokoh seperti Edward Said yang Kristian tetapi amat besar impaknya kepada polisi Amerika Syarikat terhadap Palestin. Perjuangan mendedah dan melaporkan kejahatan Zionis juga hendaklah mengambil manfaat dari contoh halaman web pro Palestin IFAMERICANSKNEW.ORG milik Yahudi di Amerika Syarikat yang pro Palestin (mereka digelar self-hated Jews!), dalam usaha mereka untuk mendedahkan konspirasi gergasi Barat membodohkan dunia, demi survival rejim Zionis.

Kita juga mesti mencari formula untuk memperkatakan tentang isu Palestin dalam bahasa global yang boleh mengajak mereka yang bukan mangsa dan bukan punca, untuk terbabit sama.

Golongan bukan Muslim di mana-mana, harus disedarkan dengan menggunakan pendekatan ini, bahawa isu Palestin bukan hanya isu Islam dan Arab, tetapi ia adalah isu kezaliman terhadap kemanusiaan yang terbesar, dalam sejarah kemanusiaan itu sendiri.

Konspirasi ini tidak boleh dijatuhkan dalam kerangka “Menjahilkan Diri Terhadap Musuh“. Jauh sekali retorik dan slogan semata-mata. Jauh sekali dari laporan media yang hanya berupaya melapor, tetapi tiada analisa yang boleh memberikan impak yang cukup untuk menangkis media Amerika Syarikat yang mainstream.



re: klang sentral tu kt meru dik...
hampir ke pekan meru gak la....
Fri 16-Jan-2009 02:58
Posted by:k.nurul  - [Link]
>> yang pertama tama sekali...bangsa arab kena bersatu...
>> Allah tidak akan mengubah nasib mana mana kaum kalau kaum itu tidak berusaha mengubahnya...
>> selagi bangsa arab dok bercakaran antara satu sama lain selagi itulah israel tidak akan takut...
Sun 18-Jan-2009 14:45
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
sedih melihat sedara sesama islam diperlakukan sebegini....huhuhu Mon 19-Jan-2009 02:50
Posted by:~ Idida aka Ummu Nafisa ~  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Friday, 2-Jan-2009 05:35 Email | Share | | Bookmark
HAPPY BIRTHDAY MY BELOVED HUSBAND

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG SEMOGA PANJANG UMUR, DILIMPAHI RAHMAT DAN MEWAH REZKI. I LOVE U FOREVER

mama nk say sorry to abah coz mlm td lupa nk wish biasanya tepat jam 12.01 mesti mama wish tp kali nie mama tertido penat kemas uma semlm agaknya . Apapon kasih sayang mama tetap mekar dan harum sepanjang masa



Happy bday..
wooo sama lah bday kita huhuu..tapi i lagi muda lerrr
Thu 8-Jan-2009 06:12
Posted by:yuzie~mama Haziq & zahra~  - [Link]
nk wat entry khas utk akak?? hoho...nantillaa..takdee topikk agii nak ckp pasal akka..... hehehe

kalu ade some events tuu uplode laa kat fp...boringg laa tgk muka ayuu husb akak tuu..hehe
nak tgk gamboo risya boleh mama risya???huk...hukk..
Thu 8-Jan-2009 11:55
Posted by:liya  - [Link]
RE:SEKRG PUN DAH RASA GAK CIKIT HA...KICK JGN TAK KICK Thu 8-Jan-2009 16:02
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Thursday, 25-Dec-2008 02:13 Email | Share | | Bookmark
BERKELAH DI BAGAN LALANG

First time bawa Risya berkubang kemain suke lg dia sampai dh kecut jari pon tak naik nk main air ngan pasir jer. Kali nie berjalan tanpa abah Risya dia kena keje so yg pergi nenek, paklong n family, pak uda n awek dan poksu Risya. Nenek masak kari ayam n makan lokan bakar. Kami cari port kt hujung skali semua tempat full ramai betul org dtg sini.

panorama pantai. Goldcoast yg sedang dlm pembinaan nampak menarik


port kat sinilah


Risya dah tak mo duduk


nenek ngan pak uda


posing dulu


Risya suke sgt main pasir. yg bawah tu pic mak long n anak2


suke betul anak dara nie










kemain jauh lg diorang gie terpaksalah aku membebel bg warning


masing2 keletihan


dah smpi uma nie dolphin dari bagan lalang


ini plak telatah Risya yg mencuit hati nenek
menari smpi nk tergolek dah tu guna kotak rokok sbg prob





waa sronok tgok risya main kt pntai...
akak ni website snway lagoon tu...klo akak nk bli on9...xp klo bli kt sne pn sme je harga dia...xp kne bwk mykad...
http://www.sunway.com.my/onlineticketing/
Fri 2-Jan-2009 07:08
Posted by:nana  - [Link]
wah! bestnya main air!!
kalu mai gan lagi syok mandi pandai coz air jernih!
Fri 2-Jan-2009 14:55
Posted by:Cikgu_anna annafarha_15@yahoo.com  - [Link]
bestnyer risya yerk.. akak gi gak berkelah di teluk batik haritu kamera lak takder, syoik gak tengok aksi budak2 1st time mandi laut ni.. langsung tak takut.. penuh semangat tak nak bangun.. kita ler tak larat.. Tue 6-Jan-2009 07:17
Posted by:cho zila  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Friday, 19-Dec-2008 06:11 Email | Share | | Bookmark
ANOC DINNER

Dinner suke2 di TM Annexe Cygal utk meraikan rakan2 ANOC dan WNOC yg telah berpindah dan perubahan structure pada organisasi. Majlis diselangselikan dengan cabutan hadiah misteri, cabutan bertuah dan persembahan nyanyian drpd naib juara TM Star. Makanan mmg byk nasi hujan panas dan kuih muih serta buah-buahan.Jom layan

Ucapan dulu


Nie berdiri sbb kena nyanyi lagu kristal bukan kumpulan kristal tu yer nie lagu telekom


Nie antara aksi2 yg sempat dirakam


Posing beb


Me, husband n Risya


Geram tengok aksi Ilham kemain lg dia menari kt stage masa artis kita tgh nyanyi sportinglah Ilham nie


Tak sah klu tak de gandingan diorang nie


Nie plak romper yg dah lama mama beli Risya pernah pakai masa umo 6 bulan tp dia amat geram dgn mata ladybird tu dah nk tercabut dikerjakannya


Dan nie pula first time Risya gie playground dkt jer ngan uma dah pandai jln nie senang skit skrang nie dh kerap lah bw


WOW..MERIAH GAK NOO..ADER DPT LUCKY DRAW TAK?? Fri 26-Dec-2008 15:33
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
aluuu...ishh...macam muka mama dia ke?? klu akak tgk betul2 muka muhammad sebijik cm baba dia..mulut x lari cm baba....nk liya buat entry khas utk akk ke?? no pobleemmm....tunggu entry reunion nantiiilaahh..hehe

salam maal hijrah...slm tahunbaruu juga..

liya dah apdet..x sempat decorate lawao2 pun agii...
tapi,kalu free jenguk laa blog liya

http://hepigirl-liya229.blogspot.com/
http://snzleeya229.fotopages.com/

kalu nk add comment dlm blog...jzz masuk shoutout yg belah kanan tuu je...xyh laa add comment..nantii akak kena daftar blog plak...tapi,dlm fp add laa comment...tuuu blog utama liya tuu..hehe
Sun 28-Dec-2008 14:05
Posted by:leeya leeya_snasz@yahoo.com.my  - [Link]
>> salam maal hijrah 1430...
>> selamat tahun baru 2009...
>> semoga tahun mendatang akan dipenuhi dengan kegembiraan, kejayaan dan kebahagian buat anda....
Mon 29-Dec-2008 19:13
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Sunday, 14-Dec-2008 06:25 Email | Share | | Bookmark
Majlis persandingan Maizatul AshiQueen & Besday Ilham

Tahniah ku ucapkan kepada sahabat karib ku Queen selamat menempuh alam rumahtangga, somoga bahgia hingga ke akhir hayat. Nampaknya majlis queen pon aku dtg lewat coz hubby keje pagi masa smpi dlm kol 3 lebih org dah nk kemas meja lauk pon dh nk habis huhu padan muke aku yg aku frust tak sempat nk tengok kawan aku pakai baju utama dh tukar pakai gown.




bergambar kenangan



cantiknya hantaran dari pihak lelaki yg pompuan punya aku tak sempat nk snap dh diserahkan pd pihak lelaki


Risya bersama family Rozi


HEPY 1st BESDAY TO MUHAMMAD ILHAM HAFIY
Then nie majlis besday Ilham kami jd penutup majlis sekali lagi sib baik makanan masih ada lg, sedap tu mee kari mertua Jue masak tp rugilah x dpt tengok Ilham tiup lilin




Then nie budak yg selalu jer kacau abah time drive sibuk jer nk jd driber gak




cantiknye pengantin...baju pun cantik...
bz mmg bz tapi utk nak hilangkan penat ni ngadap komputer jelah...dah itu je yg bleh buat rasa tenang...
Mon 22-Dec-2008 17:29
Posted by:nrina  - [Link]
salam perkenalan
nice editing, nmpk happening
Tue 23-Dec-2008 02:56
Posted by:mama hiro  - [Link]
nasib pengantin msh comei lagi kot dia dah tukar kain batik cuci periuk belanga lagiler..
selamat hari jadi gakler untuk ilham...
Tue 23-Dec-2008 06:09
Posted by:cho zila  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Saturday, 13-Dec-2008 05:24 Email | Share | | Bookmark
Selamat Pengantin Baru Zue & Sesi persalinan Queen

Zue nie kawan masa sambung diploma kat poly n x-housemate di Sg Besi. Masih terkenang lg saat2 berjuang masa study dulu mmg penatlah weekdays keje weekend study x de life tp semuanya berjaya diatasi.Alhamdulillah. Masa smpi nie pon dh ptg aku jd penutup majlis lah nampaknya nasib baik makanan ada lg. Jom nengok pic kami yg aku cilok dr Jue a.k.a mamaIlham

tahniah Zue & Shah

me and Zue

Jue & Zue

Nomi & Zue

tengoklah betapa tingginya husband Zue

nie lak pasangan pengantin kecil masing2 nampak malu

nie baru ok

sweet nya

Risya & mama


Nie lak My bestfriend sejak dari zaman poly thn 1999 dan x-housemate hubungan kami mmg rapat dari dulu smpi skrang. Percintaan mereka pon selama persahabatan kami punyalah lama hampir 10 thn mengharungi pahit manis percintaan akhirnya segala impian tercapai jua akhirnya. Syukur ke hadrat Ilahi
13 December 2008
Venue : Semenyih
acara : sesi persalinan
lepas Isyak : majlis pernikahan
malam berinai
tp aku hanya sempat pergi masa sesi persalinan maklumlah musim kenduri




Risya sempat berposing masa kat uma


alahai comey la risya jadi pengantin....eerrmm sanding ngan ilham yer ...tapi ilham nampak kecik je banding ngan risya....lawa baju risya mama belikan...
yan,ko xde amik gambar ngan k.mah ke???
Tue 16-Dec-2008 08:58
Posted by:nurul~mamazara  - [Link]
selamat penganten baru buat sahabat2 mama risya
meriahnya......
risya pun nampak comel duk atas pelamin tuh, siap ada apartner lagi erk
Tue 16-Dec-2008 12:57
Posted by:dOd  - [Link]
Add comment


Sunday, 30-Nov-2008 00:30 Email | Share | | Bookmark
Up date 4 Risya 14M

Sekejab jer rasanya anak mama nie dah beso rupanya.... agak2nya dah boleh ker kalau nk bagi Risya adik??? mmg teringin nk tambah ahli tp takut pon ada gak, berdoa agar dipermudahkan.
Tengok muke budak yg semakin x dok diam nie. Apa yg paling mama hepy skali skrang Risya dah berjalan sukenya mama ngan abah. Risya jalan mcm robot hehehe slalu gak dia jatuh terduduk x brapa pandai nk imbang badan dah tu bila jln semua dilanggonya.
Perkembangan Risya skrang
dah boleh berjalan tp kadang2 jatuh gak
pantang dengar lagu mesti nk menari x pernah ajar pon manalah dia dpt
pantang dapat remote tv pandai jer dia tukar2 channel siap halakan remote ke tv
dah pandai body langguage angguk, geleng,ba bye,salam,menunjuk guna jari telunjuk dan bila hulur tangan ckp bak mesti dia bg barang yg ada tangan dia
marah, suke, merajuk pon dah pandai kena pujuk dia baru ok
tiap2 ptg mesti bw round naik moto ble abah keje ptg mmg susahlah mama
suke bercakap dan menyanyi sorang2 dan mcm2 lg mama maleh nk ingat


nie dia budak yg semakin membesar


nie lak nk curi video dia menari skali dia nampak lak camera nie dah lah payah

abaikan suasana uma yg bersepah tu


nie plak pic kenangan brsama Haikal masa raya punyalah lama mama simpan dan skrang Haikal dah ada adik namanya Hazeq

>> sweet girl... Sun 14-Dec-2008 19:13
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
SEMALAM..KAMI TUNGGU GAK..KOT ADA SESAPA YANG KAMI KENAL... TAPI X KELIHATAN... SO KAMI BALIK JE LA..HEHEHEH...INSYAALLAH LAIN KALI KALAU ADA REZEKI LEH LA KITA JUMPA YE Mon 15-Dec-2008 04:51
Posted by:wAtie  - [Link]
hi, jom shopping kid's wear
kat http://pickadress.fotopages.com
Thu 18-Dec-2008 12:31
Posted by:nur za pinkamity@gmail.com
View all 16 comments Add comment


Tuesday, 25-Nov-2008 06:10 Email | Share | | Bookmark
Our 2nd Anniversary

Alhamdulillah terasa seperti baru rupanya dah 2 tahun hidup sebagai suami isteri. Aku bersyukur dikurnia seorang suami yg penyayang,bertanggungjawab, baik hati rumah tangga pon bahgia sentiasa.
Sepanjang 2 tahun melayari bahtera perkahwinan kami telah dikurniakan seorang puteri permata yg sgt berharga dalam hidup kami. Doakan agar hubungan kami berkekalan selama-lamanya.
MAMA SAYANG ABAH & RISYA


nie gambar kenangan perkahwinan kami mengimbau kembali kenangan lalu





Salam perkenalan dari saya & Happy 2nd Anniversary to u.
Semoga berkekalan ke akhir hayat hendaknya.....amin...
Tue 2-Dec-2008 04:11
Posted by:Mama Eyrfan  - [Link]
tahniah..hepi anniversary...
semoga terus kekal bahagia selamanya...
amin....
Tue 2-Dec-2008 10:15
Posted by:CikJira  - [Link]
HAPPY 2ND ANIVERSARY..SEMOGA KEKAL KEAKHIR HAYAT... Wed 10-Dec-2008 11:24
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
View all 19 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.